PERTANDINGAN SENI VISUAL TERBUKA JOHOR 2011

RITMA JOHOR

PERTANDINGAN SENI VISUAL TERBUKA JOHOR 2011

1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Terbuka Johor 2011:

Ritma Johor memberi maksud yang sangat mendalam. Ritma atau irama memberi maksud urutan proses semulajadi yang berulang dalam sela masa yang tetap atau mengikut kiraan atau gerakan bunyi, tempo atau rentak dalam bunyi yang teratur. Namun bagi tema pertandingan ini Ritma Johor merujuk kepada rentak Johor yang menggambarkan imej khusus tentang keunikan atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi sejarah dan budaya Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang pengkarya menerokai serta mendalami elemen dan media seni lukis dan seni reka dengan lebih kreatif dan inovatif selain dapat memperlihatkan kepakaran, kekreatifan dan sensitiviti mereka dalam menghasilkan karya.

2.OBJEKTIF2.1 Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seniatau pengkarya.

2.2 Melahirkan pengkarya-pengkarya bidang seni tampak dengan idea-idea yanglebih kreatif dan inovatif selain memasyurkan negeri Johor menerusi Seni Tampak

2.3 Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai iniuntuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.


3. KATEGORI PERTANDINGAN

Terdiri daripada 2 kategori iaitu Karya Siap dan Karya Spontan

3.1 KATEGORI I (KARYA SIAP)3.1.1 ArcaArca yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan. Hasil karya boleh terdiri daripada indoor atau outdoor sculpture. Bagi karya indoor karya boleh dihasilkan dalam bentuk 2d atau 3d yang beratnya tidak melebihi 70kg dengan ketinggian tidak melebihi 6 kaki berdasarkan demensi yang bersesuaian dengan ruang galeri.
Bagi karya outdoor pula karya berkenaan hendaklah bersesuaian untuk diletakan di sekitar Galeri Seni Johor. (Sila rujuk pihak galeri untuk menentukan ruang bagi karya outdoor) Binaan arca tersebut mestilah menggunakan bahan yang kukuh, tahan lasak dan mudah alih.
Arca tersebut hendaklah mudah diuruskan dan dipamerkan. Karya yang bersifat 3-D dengan teknik yang menyukarkan pihak penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan dan akan ditolak penyertaannya.
Karya berbentuk instalasi dan melalui aplikasi computer tidak dibenarkan.

3.1.2 Catan/ CetakanKarya Catan/ Cetakan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran minima 120cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm sebelum dibingkaikan. Penggunaan bahan adalah bebas dan perlu dibingkaikan.

3.1.3 BatikRekaan batik yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan yang berukuran 4 meter panjang. Rekaan dalam setiap kategori haruslah berasaskan aplikasi kombinasi teknik-teknik batik, bahan dan penggunaan media batik. Penggunaan media campuran dibenarkan dalam menghasilkan karya namun hanya terhad kepada 60% penggunaan teknik batik dan 40% penggunaan bahan campuran lain.

3.2 KATEGORI II (SPONTAN)

3.2.1 Graffiti

Karya graffiti hendaklah dihasilkan berdasarkan tema yang telah ditetapkan dan berukuran tidak kurang 60 cm x 90 cm dalam masa 4 jam. Penggunaan media adalah bebas namun digalakkan menggunakan barangan terpakai. Segala keperluan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta semasa pertandingan ini dijalankan pada 29 Oktober 2011 jam 8.30 pagi di Galeri Seni Johor.

4. SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas kecuali kakitangan Yayasan Warisan Johor.

2. Penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan danhendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta ditampalkan di belakangsetiap karya. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran lengkap biodata pelukis dan salinan kad pengenalan.

3. Pengkarya boleh menghantar karya maksima 2 keping sahaja bagi setiap kategori. Namun karya yang tidak menepati syarat yang ditetapkan akan ditolak.

4. Karya perlu berserta dengan keterangan karya yang ditulis dalam BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya 100 patah perkataan) dan ditampal di belakang karya. Karya yang tiada maklumat lengkap akan ditolak.

5. Karya hendaklah asli dan baru dihasilkan pada tahun 2011 dan belumpernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan.

6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos yangditanggung oleh peserta dan pihak penganjur juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian, kehilangan, kerosakan, kelewatan atau dalam apa bentuk yang membawa kemusnahan hasil karya peserta.

7. Karya-karya yang menerima hadiah major , minor dan saguhati akanmenjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan. Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan sebarang hasil karya yang menyertai pertandingan ini dalam tempoh 3 bulan semasa pertandingan di langsungkan. Karya boleh di ambil dalam tempoh dua bulan setelah pameran ditamatkan dan segala kos pengangkutan atau lain-lain adalah tanggungan peserta. Karya yang tidak di ambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai hak milik Yayasan Warisan Johor.

8. Keputusan penghakiman adalah muktamad dan sebarang rayuan danbantahan tidak diterima.

9. Yayasan Warisan Johor berhak memilih mana-mana karya tertentu untukdimasukkan dalam sebarang bahan penerbitan rasmi jabatan tanpatertakluk kepada masa dan tempoh dan perlu dimaklumkan kepadapemiliknya.

10. Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai dialamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2011, jam 4.00 petang.14

KEPUTUSAN PENGADIL

Penghakiman akan selepas tarikh tutup pertandingan iaitu pada 20 Oktober 2011. Keputusan Penghakiman akan diumumkan pada 23 Oktober 2011. Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon. Panel hakim yang dilantik adalah dari artis-artis professional dari bidang-bidang berkaitan.

15 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis bagi penyampaian hadiah bagi setiap peserta ialah pada 29 Oktober2011 jam 2.30 petang, bertempat di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor.

16 PAMERAN
Karya-karya yang berjaya dalam pertandingan akan dipamerkan kepada orang ramai selama 2-3 bulan di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor bermula pada 29 Oktober 2011.17


HADIAH PERTANDINGANKATEGORI ARCA

Hadiah Major
: Hadiah wang tunai RM 6,000.00, Trofi dan Sijil

Hadiah Minor
: Hadiah wang tunai RM 3,000.00, Trofi dan Sijil

4Hadiah Saguhati
: Hadiah wang tunai RM 1,500.00, Trofi dan Sijil


KATEGORI CATAN/ CETAKAN

Hadiah Major
: Hadiah wang tunai RM 6,000.00, Trofi dan Sijil

Hadiah Minor
: Hadiah wang tunai RM 3,000.00, Trofi dan Sijil

4Hadiah Saguhati
: Hadiah wang tunai RM 1,500.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI BATIK

Hadiah Major
: Hadiah wang tunai RM 4,000.00, Trofi dan Sijil

Hadiah Minor
: Hadiah wang tunai RM 2,000.00, Trofi dan Sijil

4Hadiah Saguhati
: Hadiah wang tunai RM 1,000.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI GRAFITI

Hadiah Major
: Hadiah wang tunai RM 1,000.00, Trofi dan Sijil

Hadiah Minor
: Hadiah wang tunai RM 500.00, Trofi dan Sijil

4Hadiah Saguhati
: Hadiah wang tunai RM 100.00, Trofi dan Sijil

Urusetia :Ritma JohorGaleri Seni JohorYayasan Warisan Johor,JKR 144, Jalan Petrie,81100 Johor Bahru,Johor Darul Ta’zim

Tel : 07 – 2263266 / 07 – 2245488 / 07 – 2213148Fax : 07 – 2260728

Email : www.ywj.gov.my
YWJ www.ywj.gov.my